PETUA | KHASIAT TOMATO UNTUK KECANTIKAN
siapa tak kenal tomato?ehh,rasanya semua mesti tau punya kan? sebenarnya tomato juga berkhasiat dalam kecantikan selain ianya boleh di makan atau di minum.hehehe..sebenarnya kathy kurang menggemari tomato jika di buat jus atau di makan mentah begitu saja.namun,jika buat sambal,feveret no1 la..hehehe.dan sejujurnya kathy belum pernah mencuba petua ini di sebabkan kathy juga baru mengetahuinya melalui pembacaan kathy sebentar tadi.namun,mungkin ada antara kita telah lama amalkannya kan,apa salahnya berbagi info yang baik.jom kita share kebaikan tomato yer?jom baca entri ini...
google
masalah jerawat
lenyek tomato dan sapu pada kulit bermasalah.biar kering dalam 30-40 minit.bilas dengan air suam dan lakukan 2 kali seminggu.ia juga berfungsi menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak.hasilnya jerawat cepat mengecut dan kulit licin semula.
memudar bintik hitam
potong tomato pada 2 bahagian.ambil separuh dan sapukan pada wajah bermasalah.lakukaan sekerap mungkin untuk hasil lebih baik.
mengecilkan liang pori
campur sedikit air perahan tomato di dalam kuning telur.sapu di wajah dan biarkan mengering.bilas wajah dengan jus lemon atau limau nipis.akhiri dengan bilasan air suam.lakukan dengan kerap.
atasi kulit kering
campur air perahan tomato dengan yogurt asli.jadikan sebagai masker dan sapu pada wajah dan biar kira2 30 minit.bilas dengan air suam.
kulit cerah sekata
campuran jus tomato dan madu di sapu pada wajah,biarkan kering kemudian bilas dengan air suam bercampur air perahan limau nipis.
menyingkir lemak tubuh
cuba amalkan makan buah tomato pada waktu pagi dan jadikan jus tomato sebagai minuman harian dengan mengamalkan meminumnya 15 minit sebelum makan kerana ianya membuat anda kenyang.
melembabkan kulit
lenyek tomato dan lumur pada tubuh ketika mandi.biar ianya kering sebelum di bilas dengan air bersih.lakukan seminggu sekali.
merawat rambut kering dan bercabang
lumur rambut dengan jus tomato,dan balut dengan tuala selama 15-20 minit.bilas dengan air bersih.
atasi masalah kelemumur
lenyek dan sapukan pada bahagian kulit kepala yang bermasalah.biarkan selama 30 minit sebelum bilas dengan air bersih.
hilangkan lingkaran gelap bwah mata
lekapkan mata dengan hirisan tomato yang disalut dengan yogurt asli lebih kurang 30 minit setiap sesi.
No comments:
Post a Comment